Tawaran Permohonan Pinjaman Pelajaran Sesi 2 2011/2012 oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui Lembaga Biasiswa Negeri Kedah dibuka mulai 15 Ogos 2011 hingga 10 September 2011.
Pemohon mestilah :-
Dilahirkan di Negeri Kedah atau
Salah seorang daripada ibu / bapa pemohon lahir di Negeri Kedah.
Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Negara di mana-mana universiti dibawah tajaan LBNK ( Senarai IPT Tajaan ).
Mengikuti pengajian secara sepenuh masa.
Belum menerima mana-mana tajaan Pinjaman / Biasiswa / Penganjur daripada badan-badan tajaan yang lain.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web LBNK di alamat www.lbnk.gov.my
Pemohon perlu mencetak dan menghantar Pengesahan Permohonan & Kad Jawapan berserta setem bernilai 80 sen selepas selesai mengisi permohonan di laman web LBNK bersama-sama dokumen yang disenaraikan ke pentadbiran ini :-
Salinan Kad Pengenalan pemohon
Salinan Sijil Beranak pemohon
Salinan Sijil Beranak Ibu atau Bapa JIKA pemohon tidak dilahirkan di Negeri Kedah