Laman Utama LBNK Klik Sini

Soalan Lazim









Soalan Lazim dan Jawapan



1. Saya tiada atau terlupa No. Rujukan ?

Jika terlupa no rujukan. Sila dapatkan dengan menggunakan pautan ini. [ Dapatkan No. Rujukan ]


2. Saya Menerima Pinjaman Lain atau Biasiswa lain contohnya JPA atau PTPTN , Bolehkah saya turut menerima LBNK jika saya berjaya dalam permohonan.

Tidak Boleh.Sila pilih salah satu sahaja tajaan. Jika dikesan pinjaman anda akan disekat dan amaun yang telah diberikan akan dituntut 100% walaupun anda masih dalam pengajian.


3. Jika saya terlewat menyemak keputusan dari tarikh yang sepatutnya, adakah permohonan akan terbatal.

Ya. Walaupun anda telah berjaya dalam permohonan tersebut.


4. Saya merupakan pemegang PTPTN untuk pengajian saya sekarang. Bolehkah saya menerima pinjaman LBNk kerana PTPTN saya telah disekat untuk semester akan datang.?

Tidak boleh. Syarat permohonan pinjaman ialah pemohon tidak ada penaja lain. satu penaja sahaja dalam satu sesi pengajian.


5. Jika bapa / waris saya tiada slip gaji. Bagaimana?

Jika ibu/bapa/waris/penjaga tiada slip gaji/pendapatan, pemohon perlulah membuat pengesahan pendapatan dan ditandatangai oleh pegawai yang layak ataupun penghulu mukim berkenaan.


6. Apakah itu status layak dipertimbangkan?

Status layak dipertimbangkan adalah dimana pemohon telah berjaya dalam tapisan pertama.  Pemohon diminta untuk menghantar dokumen-dokumen yang diminta untuk pengesahan terhadap permohonan sebelum ini. Jika maklumat semasa permohonan didapati tidak sama dengan dokumen pihak kami berhak membatalkan status keputusan sebelumnya.


7. Sekiranya saya berjaya dalam tapisan pertama. Apakah dokumen yang saya perlu sertakan?



Semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai yang layak.


8.Saya berjaya dalam tapisan pertama dan ingin menolak tawaran tersebut disebabkan mendapat tajaan lain atau tidak berminat dengan pinjaman LBNK. Apa yang perlu saya buat?

Pemohon boleh menolak tawaran ini dengan cara pilih tolak tawaran dalam semakan status permohonan. Seterusnya cetak surat tolak tawaran dan lengkapkan sebab tolak seterusnya poskan segera  kepada LBNK.